ArtWanted.com Home View My Cart
Image Search:  
Browse Shop Search Join Community Members Area Help

 
Address: Dan's Village, malaysian images
KB 33, Central Market, Kuala Lumpur.
Malaysia,   KL
Phone: H/P: 019- 6406374
Fax: Tel: 603- 8883 4541
 

Home  »  Browse  »  Anuar Dan  »  Biography
Gallery | Slide Show | Biography

Anuar Dan PERTAHAN TRADISI Oleh: Solihin Osman Berita Harian, 2001

BAGI orang seni, istilah itu masih dikatakan belum ada suatu difinasi yang tunggal untuk dimegertikan. Rentetan dari itu, menjadi penyebab berlakunya proses pencariannya hingga kini. Apakah disebabkan seni itu universal sifatnya atau seni sememangnya suatu yang intangible dan subjektif?

Yang jelas makna dan maksud seni itu sendiri masih diperdebatkan yang bukan hanya membabitkan penteori tetapi pembuat seni itu sekali.Pecahan seni juga begitu banyak. Ada seni yang begitu berpengaruh, popular dan tidak kurang hanya hidup terhadap pengkarya saja. Umpama seni tradisi semakin hari semakin dilupai terutama sekali dengan tradisi abad dan ledakan teknologi komunikasi maklumat masa kini.

Satu persoalan yang boleh ditimbulkan iaitu sejauh mana genarasi hari ini,berminat dan mengetahui berkenaan imej tradisi, setidak-tidaknya menganyam buluh untuk dijadikan sangkar burung atau mengkuang untuk dijadikan tikar. Bagi yang dewasa perkara begitu barangkali tinggal sebagai nostalgia saja.

Demi memelihara dan mendokumentasikan barangan antik khususnya hasil warisan masyarakat Melayu tradisi, pelukis dan pereka kontemporari,Anuar Dan, 41, sanggup berulang alik ke muzium di samping berkunjung ke pasar sehari, pasar malam, kedai barangan antik termasuk menjelajah ke seluruh negara untuk merakamkan khazanah barangan itu Beliau mengalihkan barangan sebenar dalam bentuk lukisan yang menggunakan warna air, akrilik, pensil, pen termasuk aplikasi teknologi computer, ini kerana ia dapat mempercepatkan proses penghasilan sesebuah lukisan, jelas Anuar.

Bagaimanapun, dalam setiap lukisan Anuar yang menggunakan media campuran itu, beliau menggunakan imej rumah tradisi sebagai pusat utama yang mana tersimpan segala khazanah.

Sekiranya dilihat sepintas lalu, teknik persembahan karya beliau seperti melihat karya Pablo Picasso, Georgge Braque dan Marcel Duchamp daripada aliran Kubisme (1907  1925). Ini jelas dalam komposisi pada lukisannya, di mana beliau menyusun bahan seperti cerek, acuan kuih, tepak sirih, seterika, mesin jahit, pasu, buyung, sangkar burung dan barang antic lainnya.

Apabila ditanya, beliau berkata Walaupun pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang seni reka grafik hingga pada peringkat ijazah di UiTM tetapi pencariannya hingga kini ialah untuk mengemukakan aliran atau gaya baru iaitu Melayunisme dan Gaya Melayu.

Katanya, beliau menggunakan adunan warna seperti coklat, kuning dan merah untuk menyamakannya dengan warna kayu sebagai mencadangkan kepada warna Melayu. Begitu juga dengan cara menyusun imej dalam lukisan pun setelah dikaji pada etika, menyusun perkakasan rumah yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Walaupun kajian saya ini kecil saja skopnya dan masih lagi di peringkat permulaan belajar tetapi saya berharap akan menjadi identity terhadap karya saya yang seterusnya, kata anak kelahiran Taiping dan di besarkan di Grik Perak.

Setakat ini lebih 50 karya sudah dihasilkan yang bertemakan khazanah sebagai persiapan untuk mengadakan pameran solonya di Galeri Pelita, Jalan Tempinis, Bangsar, April ini.

Katanya, tema khazanah dipilih bersesuaian dengan imej yang dipaparkan menerusi lukisannya iaitu barangan kepunyaan atau harta benda khusus dalam rumah orang Melayu dan beliau sendiri menetapkan setiap lukisan itu ada imej rumah sebagai bahantara yang menjadi tempat menyimpan harta benda.

Beliau mengemukakan gambaran siri rumah Perlis, Kedah, , Perak, Johor, Terengganu, Selangor dan Melaka secara terperinci dengan menggunakan kesan distortasi bagi mewujudkan perspektif.

Walaupun imej rumah menjadi tumpuan utama tetapi beliau hanya mengkajinya di sudut seni lukis bukan dari segi arkitektur.

Menerusi lukisannya juga terlihat latarnya dikaburkan begitu juga di bahagian tepinya yang sesekali dikaburkan dengan penggunaan warna putih. Ia seolah-olah seperti kesan daripada penggunaan penyaring yang dirakamkan oleh kamera.

Bagaimanapun, pengaruh senireka grafik yang pernah dipelajarinya sedikit sebanyak memberi kesan pada karya beliau seperti kalau dilihat sekali imbas seolah-olah sebagai illustarsi yang cukup tinggi nilai eksprimentasi dan pengkajiannya.

Anuar yang pernah berkhidmat sebagai Kurator di Balai Seni Lukis Negara itu, sebelum ini menyertai pelbagai pameran dalam dan luar negeri setiap tahun. Karya beliau yang sebelum ini terkenal dengan siri-siri buah-buahan tempayan turut menjadi koleksi hotel, restoran terkemuka, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Gapena, Matic, Plus dan Kerajaan Negeri Kedah. Malah orang perseorangan daripada dalam dan luar negeri turut membeli karya beliau sebagai koleksi peribadi.

Beliau juga pernah memenagi pelbagai anugerah dalam pertandingan lukisan dan reka bentuk logo serta poster pada peringkat kebangsaan. Selain sibuk menyediakan bahan untuk pameran solonya yang bakal menjelang, Anuar juga menyimpan hasrat untuk membuka studio dan galerinya sendiri pada masa yang terdekat ini.Sekiranya ada penganjur.

ANUARDAN:Menggarap Seni Warisan Melayu Oleh: MOHD JOHARI AB. HAMID DEWAN BUDAYA, NOVEMBER 2005

Penulis terpegun dengan ketekunan pelukis ini dalam menggarap imej-imej yang bukan asing pada kita ketika di alam kanak-kanak dulu. Kukur kelapa, tempayan jeruk, buyung, tikar, seterika arang, jam dinding, kipas antik, basikal tua, rumah-rumah kampong (lama) yang boleh dianggap telah pupus dan jarang-jarang digunakan lagi. Nostalgia penulis dengan kehidupan zaman kanak-kanak pada tahun 1960-an sedikit terubat apabila menghayati lukisan-lukisan Anuar Dan. Bagi penulis, lukisan-lukisan beliau begitu berjaya membawa kita kembali pada zaman-zaman lampau itu.

Walau bagaimanapun, pelukis kelahiran Taiping, Perak pada tahun 1960 itu seperti mencari sesuatu dalam menterjemahkan kembali imej-imej tersebut dalam karya-karya seninya. Meliuhat stail karya seninya itu, penulis cuba membuat pentafsiran sendiri bahawa Anuar Dan telah bertemu semula dengan identitinya itu. Penulis mulai mengenali pelukis ini sejak tahun 1990 lagi. Tugasnya sebagai pereka grafik di Balai Seni Lukis Negara telah membuka peluang yang cukup banyak kepadanya untuk mengenali dan mendalami duni aseni visual tanah air. Peluang keemasan itu digunakan oleh Anuar Dan bagi memperkaya pengalaman dan ilmu di dadanya. Beliau berkesempatan berkenalan rapat dengan beberapa seniman besar negara seperti Dato Syed Ahmad Jamal dan Allahyarham Ismail Zain. Anuar yang mendapat pendidikan dalam bidang grafik seperti tidak kekok untuk terus mencuba dan mencari peluang untuk bersama-sama meletakkan dirinya bagi memeriahkan lagi dunia seni tanah air itu. Kemungkinan besar Anuar dipengaruhi oleh beberapa orang pensyarahnya yang juga pelukis terkenal seperti Hashim Hassan dan Raja Zahabuddin Raja Yaacob. Mereka merupakan tenaga pengajar dari jurusan grafik yang turut mewarnai dunia seni visual tempatan dan antarabangsa. Siapakah tidak mengenali dengan pelukis Burung Batik dan Bapa Logo Kebangsaan itu ?. Ataupun karya-karya seni yang memaparkan imej foto montaj dan perinding setem Malaysia ciptaan Raja Zahabuddin Raja Yaacob ?.

Berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar itu, Anuar Dan juga berjaya menunjukkan taringnya. Beliau telah berjaya mernagkul tempat pertama dalam pertandingan mencipta logo Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1983. Bukan setakat itu sahaja Anuar mencipta kejayaan, malah beberapa siri pertandingan karya beliau sering menjadi perhatian juri. Antaranya tenpat pertama pertandingan mencipta logo Anti Dadah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dan Hadiah Kedua pertandingan melukis orkid anjuran Galeri Seni Shah Alam (2000). Kejayaan demi kejayaan yang berjaya diperolehi Anuar tidak berhenti setakat itu sahaja. Beliau terus berusaha untuk mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan Pemerhatian penulis terhadap perkembangan yang ditunjukkan oleh Anuar bukan berlaku dalam tempoh setahun dua saja. Malah ia berlaku hampir saban tahun sehingga ke hari ini. Ketika seedang melengkapkan penyelidikan di peringkat Ph.D., penulis sering bertemu dengan pelukis ini untuk mendapatkan maklumat dan sejarah seni visual, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan kritikan seni di Malaysia. Anuar menjelaskan bahawa kritikan seni amat diperlukan di negara kita. Menurutnya seni yang tidak dikritik seperti tidak diberi pengiktirafan.Kritikan seni merupakan satu pengiktirafan masyarakat kepada pelukis dan karya seni itu sendiri. Menurutnya lagi, kejayaan beliau dalam memperolehi identitinya setakat ini adalah usaha kritikan seni sendiri.

Kritikan seni bukan sahaja setakat pengiktirafan tetapi turut memberikan cahaya dalam karya. Karya seni perlu digilap oleh pengkritik seni supaya terus bercahaya. Seperti pelukis lain juga, Anuar tidak gentar apabila menerima kritikan. Padanya, pelukis perlu bersedia pada bila-bila masa untuk dikritik oleh pengkritik seni. Selain itu menurutnya lagi, pengkritik seni juga biarlah terdiri daripada individu yang memahami seni dan mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam dunia seni. Sekurang-kurangnya sesuatu yang diperkatakan itu dapat diterima kerana kritikan juga boleh menjejaskan minat pelukis sekiranya tidak ditangani dengan betul. Pengkritik yang tidak mempunyai pengalaman atau pendidikan seni tidak dapat mengupas karya seni dengan baik. Peluang bagi pelukis untuk memperbaiki apa-apa yang dikritik itu tidak jelas.

Penulis tertarik dengan perubahan Anuar dalam menterjemahkan karya-karya seninya itu. Suatu ketika dulu, Anuar memilih buah-buahan tempatan sebagai tema utama dalam kebanyakan karyanya. Pemilihan itu pada pendapat penulis tidak begitu sesuai kerana, pendekatan dan pengolahan berus dan warna serta paparan imej Anuar begitu bertenaga. Dari karya-karya yang dihasilkan seperti Siri Manggis dan Raja Buah itu sudah terserlah bahawa Anuar perlu memilih objek yang lebih dekat dengan budayanya. Ini dapat membantu beliau untuk duduk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelukis-pelukis terkenal tanah air.

Daripada pemerhatian dan penyelidikan penulis, Anuar gemar melakukan percubaan demi percubaan, terutama bagi mendapatkan tema, gaya, teknik, sapuan berus dan aliran. Cara sapuan berus yang kasar dengan pertindanan warna-warna yang agak garang mendorong penulis berpendapat pengaruh abstrak ekspresionis telah menjiwai dalam dirinya. Namun, Anuar tidak jemu mencuba sehingga kini. Akhirnya dengan pemilihan imej yang lebih padat dan berjaya, Anuar sudah boleh tersenyum bahawa karyanya sudah mulai diintai oleh penggemar lukisan Malaysia. Malah karyanya sudah dimiliki oleh kebanyakan orang kenamaan sama ada dari dalam negara atau luar negara.

Kebanyakan karya seni Anuar Dan menyerlah dengan warna-warna impresionis. Impresionis merupakan aliran seni moden yang bermula di Eropah pada abad ke 16. Aliran ini bermula akibat daripada perasaan jemu pelukis ketika itu yang gemar melukis objek yang benar. Satu kumpulan pelukis telah membawa konsep merakam semula simbahan cahaya pagi atau senja di atas objek. Yang menarik Anuar cuba mengambil warna-warna senja dan dipadankan dengan objek objek warisan melayu itu. Objek itu tidak dilukisnya malah dicetak semula dengan menggunakan teknik sutera saring.

Objek itu dipilih dan disusun mengikut kesesuaian estetika. Bentuk-bentuk rumah melayu lama yang semakin kurang perhatian masyarakat sekarang sebenarnya kaya dengan nilai-nilai tradisi Melayu. Sayangnya, rumah-rumah itu semakin lama semakin pupus ditelan arus pemodenan. Begitu juga dengan barangan lama yang dinyatakan sebelum ini. Barangan tersebut tidak lagi menjadi barangan keperluan, malahan semakin kurang diberi perhatian. Melihat fenomena itu, Anuar Dan mengumpulkannya semula dalam bentuk artistik.

Memetik penulisan Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Anuar Dan melukis ukiran budi Melayu dengan dua bentuk dimensi, mengutip semula khazanah budaya, ukiran kerawang, bumbung rumah kutai, tangga Melaka, buyung, serkap ayan dan sangkar burung. Semuanya kembali untuk dicintai kerana Anuar Dan percaya di situlah inti dan semangat budi Melayu yang bersalutkan akal menyatukan di jiwa.

Antara karya-karya seni Anuar Dan yang menarik untuk dihayati ialah, Mendengar Guruh Di Langit, Air Tempayan Dicurahkan, Rumah Sudah Pahat Berbunyi, Rumah Buruk Disapu Cat, Ibarat Burung, Mata Terlepas Badan Terkurung.

Pemilihan bagai kebanyakan judul karya seni juga penting bagi Anuar Dan. Bagi pelukis yang berkumis nipis itu, disamping menghayati karya seninya, penghayat seni dapat menyelam makna yang tersirat daripada ungkapan bidalan dan perumpamaan Melayu itu. Beliau juga ingin memperjuangkannya agar kedua-dua nilai seni Melayu tradisi itu tidak pupus ditelan zaman.

Daripada penyelidikan dan pemerhatian penulis, pelukis turut memainkan peranan penting untuk mengetengahkan semula nilai-nilai seni tradisi nenek moyang kita yang hampir pupus itu. Antaranya gurindam, pantun, seloka, adat berendoi dan sebagainya.

THE ART OF ANUARDAN With the kampung house series, however, Anuar seem to have come into his own.The complex theme - deconstructed houses, intricate architectural detail overlaid on household implements, shadowy people lurking, chatting in doorways - convays a sense of impermanence. Strongly vertical, the houses are surrounded by elongated doorways, cubes and windows, giving the impression that houses themselves are changing, that some time soon, they will have given way and become one of the increasingly ubiquitous skyscrapers.The shadowy figures, ghosts of people, emphasise this decline: it isn't just buildings that are disappearing, but a way of life.

Anuar has cleverly put together local artifacts and the Malay architecture to give rise to works depicting the Malay heritage. His innovative use of mixed media and the effect of aging that he creates add charm to his works.

In the context of modern living his works are remainder of the days gone by. The quaint setting with the bicycle in some of his pieces brings back fond memories for many.

KHAZANAH an artist perspective on dissipating worlds

William Faulkner once said that the aim of every artist is to arrest motion, which is life, by artificial means and hold it fixed, so that a hundred years later, when a stranger feasts his eyes on it, it shall move again, since it is life. AnuarDan did precisely that. Khazanah is a collective work emphasising on the pending extinction of quaint Malay houses and its heritage. His painting are well articulate, the houses strongly vertical and depicted in surrealistic and semi abstract ways. Figures in his works, exquisitely nuanced, are pale shadows. He has relayed an impending sense of foreboding, of averything being ultimately mutable. Even the intricate and detailed works on these domiciles seem ephemeral. This very ambiguity is profoundly disturbing. His images are imposing but never tactile, and the colour utilised, of dity hues of earth-based tone succeeded in lending his creation a sense of antiquity. These houses and its occupants seem deadpan, with a surrealist charge to them. As for the other embelishments, (bicycle, foliage, kitchenware) they all have an eerie and transparent quality to them. It is like wiewing your own house from another dimension. There is also a trace of scepticism in his works, although he regrets the pending demise of such beautiful houses, he seems almos distrustful that anything can be done to halt the process.This body of work is indeed the exact opposite for this artist, who started out his career painting vividly coloured fruits. Encouraged by the then Director of Malaysias National Art Gallery, Datuk Syed Ahmad Jamal, AnuarDan participated in competitions with works explorinng natural themes, and evolving into the abstract medium. He has not abandoned his fruits series however. as they are popular with hotel and locals. This works are his way of preserving what is left of the Malay culture, when not very far into the future, will be replaced by imprersonal and gargantuan buildinngs. The next generation will never know any differenct, but thanks to AnuarDan and other artist with similar love for culture, they have seen it that proper documentation is done. Although these domains may one day no longer exist, its beauty is immortalised for all to withness. His paintings are metapohors of a pending future nothingness, of a society, which functions on logic and practicality, where aesthetics are mere distractions and the persuit of wealth is dominant. These are trouble times, when the sanse of common grounds is compromised and etiquette of preserving culture is lost somewhere in between.

art corridor, october 2001

Born - 1960, in Taiping, Perak Primary School: 1967 - 1972- Sek. Rendah Kebangsaan Kenering, Lawin, Grik, Perak. Secondary school: 1973 - 1978- Sek. Men. Dato Ahmad, Lenggong, Perak. GRADUATE: 1979 - 1983: UiTM, Mara Institiut of Technology, Shah Alam. (Graphic Design) Artists Gallery: 1. RANTING ART, BARIKA, SACC MALL Shah Alam,SELANGOR. 2. Archipilago, ALAMANDA, Putrajaya. 3. ART COLONY, Srarhill, Kuala Lumpur. 4. ZULALIS, Lorong Melayu, CENTRAL MARKET, Kuala Lumpur. E-mail - anuardan@yahoo.com Website - www.ArtWanted.com/AnuarDan EDUCATION 1979 - 1983 - Degree in Graphic Design, University of Technology Mara (UiTM), Shah Alam.

SOLO EXIBITION 2001 1stSOLO" Pelita Hati Gallery of Art, Kuala Lumpur 2nd SOLO. "AEA Fine Arts, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur 2002 3 rd SOLO " News Straits Times (M) Bhd. Kuala Lumpur 4th SOLO" Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 2003 5th SOLO " DEX03' World Trade Centre, K. Lumpur. 2004 6 th SOLO" Maju Juction, K. Lumpur." "Raya Carnival" PKNS Complex. Shah Alam. 7th SOLO"Malaysian Images". Artist's Space, Concorde Hotel, Shah Alam

EXHIBITIONS 1983 " Faculty Show, UiTM, Shah Alam, Palestine Show, City Hall, K. Lumpur." Keretapi Tanah Malayu (KTM) Show, Parliment Hall. "1984 "Young Contemporary, National Art Gallery, K.L " Water Colour Exhibition, City Hall, K. Lumpur. "1986 " Space Art Exhibition, National Art Gallery, K.L " 1987 " National Open Show, National Art Gallery, K.L " Angkatan Pelukis Semalaysia (APS) "Annual Art Exhibition/Competition, Creative Centre (APS),K.L " 1990 " Open Art Show, National Art Gallery, K.L " 1991 " One World Whitout War, City Hall, K. Lumpur. " 1994 " BOSNIA Art Exhibition, Petronas Art Gallery,K.L " BOSNIA Art Exhibition, Dewan Bahasa & Pustaka " Bank Utama/Art Salon - Open Art Exhibition/Competition, Petronas Art Gallery, K. Lumpur. " 1995 " APS Annual Art Exhibition, Creative Centre APS, " K.L Open Art Show, Shah Alam Art Gallery, Shah Alam." Philip Morris Art Exhibition/Competition, National Art Gallery. K.L " 1996 Goverment Staff Art Exhibition/Competition, MATIC, K. Lumpur. " Negeri Selangor Mosque Art Exhibition/Competition, Shah Alam Art Gallery. " 1997 " Annual Art Exhibition, Angkatan Pelukis Semalaysia (APS), Petronas Art Gallery, K.L " 1997 " Open Art Show, Shah Alam Art Gallery." Kraf Art Exibition/Competition, Kraftangan Malaysia, K. Lumpur. " The Mines, Art Exhibition Centre. K. Lumpur. " 1988" Open Art Show, Galery Shah Alam." Ismail Embong, Art Gallery. K. Lumpur. " Art Bazar Exhibition, Bank Negara, K. Lumpur. " 1999 " Open Art Show, Galery Shah Alam." Budaya Craf, Jalan Conlay, K. Lumpur. " Art Bazar Exhibition, Bank Negara, K. Lumpur." 2000 " Inspirasi 2000, Hotel Helang, Langkawi " Islamic Art Exhibition, National museum, K. Lumpur " Malaysia Ku, Bank Negara. K. Lumpur " Art Bazaar, Kraftangan Malaysia, Jln. Conlay, K.L " Philip Morris, National Art Gallery " Art Bazaar, National Art Gallery, KL " Malaysian Fruits, Art Exhibition, Mandarin Hotel, KL " Rasa Hati, Tongkah Holdings, K. Lumpur " Lim Kok Wing, Art Gallery, K. Lumpur " Invited Artists, Art On Plus Gallery, Melaka " 2001 " Guest Artists, Gallery Shah Alam " Art Bazzar, Jln. Conlay, K. Lumpur " Art & Craff, Galery Pelita Hati, K. Lumpur " Bersekemuka dengan Adegan, Galery Petronas, K.L. "Crade of the Nation, Galeri MayBank, Bangsar, K. Lumpur.? Road show, Amcrop Mall, P. Jaya " Philip Morris, National Art Gallery " 2002 " Artist Colony, Star Hill, K.L. " HOMEX 2002, The Mines K.L " DEX 2002, PWTC, K. Lumpur " Invited Artist demonstation, Sunway Logoon, K.Lumpur " Hari Raya Promotion, HOMEDEX 2003, Mid Valley,Amcrop Mall, P. Jaya.Sprit of Merdeka, Mid Valley, K.Lumpur. Laman Seni, Natonal Art Gallery. Hari Raya Cards Promotion, The Store. Shah Alam. "Motion Colour", Souk Altar, Maju Junction, K. Lumpur. 2005 Open Show,Galeri Shah Alam. Malay Civilation Exhibitiion, Malacca International Trade Centre (MITC) Malacca. 'LIGHT & SHADOW' Concorde Hotel Shah Alam. 2006.'The Memory' LotTen, Kuala Lumpur.'Art For All'. Art Bazzar, Putrajaya.'Malaysian Images'. Archepelago Alamanda, Putrajaya.'The Memory', Ranting Art, SACC Mall, Shah Alam.2008:ARTISTS PROMOTION,LAMAN BUDAYA,Majlis Bandaraya Petaling Jaya.2009: Central Market Artists, Dari Mata Turun Ke Hati. AMBASSY PROMOTION,PICC Putrajaya.

ART EXPERIENCE 1983 - 1993 " Assistant Curator, National Art Gallery. " 1994 - 2001 Graphic Designer Ministry Health of Malaysia , 1985 - 1994 - Study Tour to Art Gallery & Museum Singapore, Java, Sumatra, Indonesia, New Delhi, Agra, Lucknow, India., Bangkok, Thailand., Munich, Frankfrut, Germany . 2003 -2004, Guest Lecture,Institut Kraf Negara."Art Workshop", International School,Mont Kiara, K.Lumpur. Judge, Children Art, FOMCA.2005,2006.2007: Part time Lecture at Institiut Kraftangan Malaysia.

AWARDS 1983 " First Prize, Logo Design, Keretapi Tanah Melayu (KTM) " 1986 " First Prize, Logo Design, Malaysian Sport (SUKMA) , Minor Award, APS Art Competition, Creative Certre, K.Lumpur " 1987 " First Prize, Logo Design, Drug Abuse, Ministry Education of Malaysia " Minor Prize, Logo Design, National Sport Council " Minor Prize, Logo Design, Zoo Melaka "1990 " Special Award, Familly Art Competition, City Hall, K. Lumpur ? 1991 " 3rd. Prize, Poster Design, One World Whithout War " 1992 " Minor Prize, Street Banner Design Competition, City Hall " 1996 " 3rd. Prize, Government Staff Art Competition " 2000 " 2nd. Prize, Orchid life drawing, Gallery Shah Alam " 2002 "Consolation Prize, Orchic drawing, MBSA. 2005,"Consolation Prize, Malacca Open Art Competition". 2008, WINNER MERDEKA 51st LOGO COMPETITION

MEDIA PUBLICATONS Dewan Budaya Ogos 1985, Utusan Malaysia, 7 Feb.1998 , News Straits Times, April 2000 , Impiana Magazine, Ogos 2000 , Anjung Seri Magazine, December 2000 " Utusan Malaysia, Feb, 2001 " Berita Harian Feb, 2001" News Straits Times, May 2001 ,Agendaseni.com, December 2000 , Mingguan Malaysia, 3 Jun, 2001 ," New Sunday Times, May 5, 2001 " Harian Metro, 14 jun 2001 " Berita Harian, May 24, 2001" Art Corridor Magazine, 3rd Issue , Dewan Budaya, Ogos 2001 , The Star, June 2002 , Decor Magazine, Julai 2002 , Harian Metro, 1 Julai 2004, Harian Metro 10 November 2004. The Star 10 December, 2004. Berita harian, 11 Disember 2004. Utusan Malaysia, 28 November, 2005. Variasari, Mac, 2007, 20 February LIVE,Hand Painted T shirt. MHI, Tv3. 22 Mei 2008, GLIMPSES OF THE PAST,MHI TV3, The star,9, August 2008. The Star, Saturday 9 August 2008. CINTA, Berita Harian,7 february,2009. MHI TV3, 12August 2009, "Siri Buaha-buahan"

COPRORATE COLLECTIONS " Pernas Hilton Properties, K. Lumpur "Hayat Regency Hotel, J. Bahru " Park Village of Malaysia, Melaka " Retaurant, Crown Pacifik Hotel, K. Lumpur " Villa Costa, Melaka " Gabungan Penulis Nasional (GAPENA )" Dewan Bahasa & Pustaka, K. Lumpur " Art Salon, K.Lumpur " Kraftangan Malaysia " Matic, K. Lumpur " Art & Decor, KLCC " Art on Plus, A. Keroh " Art Colony, K. Lumpur " Metro Fine Art, K. Lumpur " Pelita Hati Gallery of Art " Kedah State Goverment " Gallery Shah Alam " Malaysian Ambassy, Scotland " CWS Hygien, K.Lumpur " Credit Guarantee Corporation (CGC) " Ministry Argiculture of Malaysia " MAYBAN Assurance, K. Lumpur " Kedutaan Hungary, K. Lumpur " Idris Bhat Associates-Architects, K. Lumpur " Galery Petronas, K.L " Teras Dara Konsortium, K. Lumpur " Ministry Education Of Malaysia " Kementerian Perumahan Tempatan " Faculty Of Law, University Malaya, K.L " Prime Minister Dept, PUTRAJAYA " DRB-HICOM, Shah Alam " Deloitte Kassim Chan, P. Jaya "Malaysia Export Credit Insurance Bhd, K. Lumpur " Prudential Assurance Bhd. K. Lumpur " MBSA Shah Alam " KAJ ,Starstock, P. Jaya "Malaysian, Ambassy, Brunei " Pejabat Kebudayaan Negeri Selangor " New Straits Times, K.Lumpur " Integrated Logistics Bhd.(ING) S Alam " United Overseas Australia Ltd. K.Lumpur " Bintang Buana, K.L" Sapruddin & Co., Seremban " Bank Simpanan Nasional " Bank Negara, K. Lumpur " Wisma Putra, Putrajaya. " Takaful Malaysia Bhd. " Nasi Lemak Kampung, K. Lumpur. Concorde Hotel, Shah Alam.Malacca Tourist Infomation " DHL Express Malaysia" A.J.Hamzah & Co, Penang " Rizal Hashim Simor Creative, Kajang" Embassy of the Republic of Kazahstan". Majlis Perbandaran Subang Jaya.Pelaburan Hartatanah Bumiputra Bhd.Shah Alam

PRIVATE COLLECTIONS "Ahmad Razali, MAYBAN, K. Lumpur " Mrs. Margaret Teo, K. Lumpur " Tjandra P. Mualim, Singapore " Mr. Andrew, Frankfrut, Germany " Ali Musa Chat, Perak " Nor Azam Abd. Aziz, S. Jaya " Zarina Abdullah, S. Alam " Sze Tho Hoong Po, J. Baru " Rahaina Ahmad, K. Lumpur " Dato' Azmi Khalid, K. Lumpur " Anita B. Arphan, P. Jaya " Mr. William Tan, P. Jaya "Mohd. Rizal Razali, K. Lumpur " Datin Lolo Ismail, P. Jaya "Puan Ariza Abu Bakar, K. Lumpur " Puan Sri Datin Nila Inangda, K. Lumpur " Mr. Ong Boon Cheow, K. Lumpur "Ainol Mardziah Omar, K. Lumpur "Shamsudin Md. Salleh, Gallery Petronas, K. Lumpur " Hjh. Zoyah Norddin, K. Lumpur. " Cik Arisah Abu Bakar, Bukit Mertajam, P. Pinang " Mohd. Ramli Ahmad, S. Alam " Suhaili Kamin, Rawang, Selangor " Mr. Hee Yoong Soo, Worldwide Art & Frame, K.Lumpur " Mr. Chris Gibson, United Kingdom " Wan Zakaria, Universiti Malaya " Suhaimi Halim, J. Bahru " Dato'Affendi Nawawi " Mr. Steve Hall, England " Norizah Md. Noor, Kajang, Selangor " Mr. Alsons Grieb, Germany " Cik Arishah Abu Bakar, Shah Alam " Datin Hyean, K. Lumpur " Raja Alena, K. Lumpur .Dat o, Shahrizat, K. Lumpur " Salmah Bee Mohd. Mydin, K. Lumpur " Noorhajran Mohd. Noor, Sunway, P. Jaya. " Joseph H. B. Loh, Prudential Assurance M.sia Bhd." Robert Emerson, Livermore, Calirfoirnia, USA." Zaiham Ahmad, Nippon Oil Exploration . Baharuddin Muhammad, P. Jaya. " Mohd Zaki & Norhayati, Shah Alam " Sakenah Ahmad, K. Lumpur "Jack Khoo Chin Seng, Subang Jaya " Nila Rasmi "Perez Fernandeze, P. Jaya "Francis Loang, K. Lumpur "Hema K Yau, K. Lumpur . "Ibrahim Saad, K. Lumpur. Zulfakar Mahmud, S. Alam "Dato' Param, K. Lumpur " Dato' Zetty Engku Aziz, K. Lumpur " Dato , Azmil Khalid, K. Lumpur " Mimi Fauzana Rahman, K. Lumpur, " Yashimah Ahmad, K. Lumpur, " "Derek J.Fernandez, P. Jaya. "Dr John Battison. Netherland , " Annie Low, K. Lumpur " Vendy & Low K. Lumpur " Mark Simon, Netherland " K Kayab, Japan " Dr. Nordin Darus, P. Jaya " Tan Sri Azman Hashim, K. Lumpur " Tungku Nasiruddin & Darawati Hussain,K. Lumpur. "Prof. Siti Zainon Ismail, K. Lumpur " Zaharah Osman, Shah Alam " Samsul Jamaluddin & Masinah Mohd. Ariff, Sungai Buloh Country Resort " . Datuk Syed Ahmad Jamal, Kuala Lumpur. Salina Mohamed Ali, Shah Alam . Khairan Mohamad & Mathias Deubel, Sungai Buloh. Hisham Mohd., Bukit Jelutung , Shah Alam. Dato' Rais Yatim, Minister of Heritage. Halmi Halim, Damansara Indah. Nazeha Lokman, Damansara Indah.Nurani Shamsuddin, Damansara,K.Lumpur. Amir Rashid, Intel, Menara CitiBank, K.Lumpur. Zamzuri Jasmin, Fauziah Ismail, Presint 8, Putrajaya. A Hamid Sirim, Taman Kelap Ukay, Ampang. Prof. Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin, UKM Bangi. Rosli Abu Samah Seksyen 9, Shah Alam. Mrs.& Mr. Hisham,Country Height, Kajang AND MY ART LOVER around the world.

The artist AnarDan currently open his own artshop at: DANVILLAGE, Central Market, Kuala Lumpur.(Selling Hand Painted Tshirt, Malaysian Images T shirt, Series of Postcards, Notecards All about Malaysian Images.It is suitable for personal collection,who are going to overseas as are souvinier to friend and costumers

Thank You AnuarDan


ArtWanted.com Gallery:   Art/Drawing Misc.
Represented By: DANVILLAGE